SK BEKOH BELADING, LEDANG
JKR1698, Kampung Bekoh, 84900 Ledang, Johor. Tel & Fax: 06 5237 495
Makluman Semasa
Selasa, 10 September 2013
Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke 56
Pada tanggal 30 Ogos 2013, semua warga Sekolah Kebangsaan Bekoh telah turun beramai-ramai menyambut sambutan hari kemerdekaan kali 56 dengan penuh semangat patriotik kecintaan kepada Malaysia Tanah Tumpah Darahku.Sambutan kali ini dibuat secara meriah dan besar-besaran melibatkan banyak pihak termasuk sekolah, murid-murid, guru-guru, ibubapa, Komuniti Masyarakat, Polis, JPAM, KKM yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Acara dimulakan dengan perarakan mengibar jalur gemilang diketuai oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bekoh, En. Kamarudin bin Ibrahim, Guru-guru Penolong Kanan, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bekoh, Mejar (B) Ibrahim bin Mohammed, diikuti oleh sepanduk gergasi,kumpulan basikal berhias, perbarisan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bekoh sambil mengibar jalur gemilang. Perarakan ini sejauh 2km.
Khamis, 25 Julai 2013
10 Soalan Untuk Muhasabah Ramadhan Dedikasi Untuk Sahabat
1. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari kerana dosa yang anda lakukan setiap hari?
2. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari yang tidak pernah menjamah Al-Quran?
3. Adakah anda sudah berpuas hati dengan puasa anda setakat hari ini dengan hanya pergi teraweh dan moreh yang disediakan di masjid?
2. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari yang tidak pernah menjamah Al-Quran?
3. Adakah anda sudah berpuas hati dengan puasa anda setakat hari ini dengan hanya pergi teraweh dan moreh yang disediakan di masjid?
Rabu, 24 Julai 2013
Tazkirah Ramadhan Antara Terawih adakah Wajar atau Tidak
"Aduh! Lama Betul La Masjid tu Ada Tazkirah Lagi "Pernahkah kita cakap macam kat atas tu, kita sudah pasti akan ke masjid yang paling singkat terawihnya, yang bacaan imam sedap dan pendek serta cepat dan yang penting moreh.
Biasanya kita dah tahu mana masjid yang paling singkat , disitulah kita akan solat, tak apalah janji solat. Apa yang timbul isu mutakhir ini, soal tazkirah ditengah-tengah terawih atau sebelum solat Isyak atau selepas solat terawih.
Selasa, 23 Julai 2013
Ramadhan Pemula Langkah Untuk Berubah
TAZKIRAH RAMADHAN | | Setiap kali tibanya Ramadhan, kita akan melihat senario yang biasa di masjid-masjid, surau-surau dan madrasah-madrasah akan penuh dikunjungi, suatu rutin yang jarang kita temui di lain-lain bulan.
Semuanya akan berpusu-pusu mengejar jaminan Allah yang akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan yang mulia ini.
Ahad, 21 Julai 2013
Amalan Nabi Muhammad S.A.W ketika bulan Ramadhan
Amalan Nabi Muhammad SAW Ketika Bulan Ramadhan | [TAZKIRAH RAMADHAN 1434H] | Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati hal-hal sbb:
Jumaat, 19 Julai 2013
kesilapan di bulan Ramadhan
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
Khamis, 18 Julai 2013
Tahap Kesakitan

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?
Langgan:
Catatan (Atom)