widget

Makluman Semasa

16 Mei 2013 - En. Kamarudin bin Ibrahim melapor diri sebagai GB di SK Bekoh, Ledang.
.......................................................................
10 Jun 2013 - Pertemuan pertama Guru Besar dengan semua guru SK Bekoh di bilik mesyuarat jam: 1.30ptg.
.......................................................................
11 Jun 2013 - Audit 1 Malaysia di Dewan SMKA Maahad, Muar - Jam 5.30 petang.
.......................................................................
12 Jun 2013 - Postmoterm Ujian 1&2 Tahun 6 - Jam 1.00 petang.
.......................................................................
13 Jun 2013 - Sarana Ibubapa di Dewan Perdana PPDMUAR jam 2.00 petang.
.......................................................................
15 Jun 2013 - Gotong royong membina sangkar burung jam 9.00 pagi . terima kasih kepada GPK dan guru yang hadir.
.......................................................................
22 Jun 2013 - Program Gotong Royong Ibu bapa bersama warga sekolah menceriakan sekolah jam: 8.00 pagi.
........................................................................
05 Julai 2013 - Sarana Ibu Bapa dan Majlis Diskusi Prestasi Murid - jam: 09.00 pagi. Semua ibu bapa dijemput hadir.
........................................................................
07 Julai 2013 - Pelancaran Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah pada jam: 10.00 pagi di kantin SKB. Semua guru dan murid hadir.
........................................................................
12 Julai 2013 - Pembentangan prestasi program intensif 5A UPSR oleh guru tahun 6 pada jam: 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat SKB. Semua ibu bapa murid berkenaan dijemput hadir.
........................................................................
22 Julai 2013 - Mesyuarat Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Kali Ke2 di Bilik Mesyuarat SKB, jam: 1.10 - 3.00 ptg.
........................................................................
23 - 25 Julai 2013 - Peperiksaan Pertengahan Tahun UPSR.
........................................................................
24 Julai 2013 - Mesyuarat Program Bulan Kecergasan, Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya 2013. Bilik Mesyuarat SK Bekoh jam: 01.30 petang. Semua Penyelaras dan AJK program dijemput hadir.
........................................................................
23 Julai 2013 - Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah Kebangsaan Bekoh, Ledang jam 9.00 pagi di Dewan SK Bekoh.
........................................................................
23 Ogos 2013 - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Padang SK Bekoh jam:08.00 pagi. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga sekolah dan masyarakat setempat jam:08.00 malam.
........................................................................
30 Ogos 2013 Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 56 di padang SK Bekoh jam:08.00 pagi. Semua warga sekolah, PiBG dan masyarakat setempat terlibat.
........................................................................
21 Julai 2011 - Taklimat Penyelarasan Kem Kemanisan Iman SM di Perpustakaan SMK Seri Kenangan, Jam 2.30 ptg. Semua Penyelaras dan AJK Pelaksana(PEKDIS Zon Utara) dijemput hadir.
........................................................................
22-24 Julai 2011 - Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Zon Segamat-Muar di SMK Agama Segamat. 168 peserta terlibat.
........................................................................
27 - 29 Julai - Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi.
........................................................................
29 - 30 Julai 2011 - Kem Kemanisan Iman Sekolah Menengah di Pusat Pertanian Jementah. 100 peserta terlibat. Anjuran Pekdis Zon Utara.
........................................................................
01 Ogos 2011 - Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah-sekolah daerah Segamat
........................................................................
07 - 09 Ogos 2011 - Mesyuarat Hala tuju Dakwah bersama Penyelaras dan AJK Pekdis Daerah Segamat di Permaisuri MITC Hotel, Melaka.
........................................................................

Khamis, 25 Julai 2013

10 Soalan Untuk Muhasabah Ramadhan Dedikasi Untuk Sahabat

1. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari kerana dosa yang anda lakukan setiap hari?

2. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari yang tidak pernah menjamah Al-Quran?

3. Adakah anda sudah berpuas hati dengan puasa anda setakat hari ini dengan hanya pergi teraweh dan moreh yang disediakan di masjid?

4. Adakah anda merasakan puasa anda adalah yang terbaik pada tahun ini daripada tahun-tahun sudah dengan amalan yang tiada peningkatan pun?

5. Adakah anda merasa selesa dengan lidah anda yang tidak puas mengata-ngata orang sedangkan anda berpuasa?

6. Adakah anda masih simpan perasaan benci pada seseorang yang pernah membenci anda dan mencaci anda atau pernah bersengketa dengan anda?

7. Adakah anda bangun sahur namun meninggalkan solat subuh berjamaah di masjid atau menunaikan solat subuh selepas waktu isyrak atau dengan kata lain subuh gajah.

8. Adakah ibadah anda masih sama seperti bulan-bulan lain di bulan Ramadhan ini?

9. Adakah anda merasakan bahawa ada peningkatan ibadah sesudah Ramadhan nanti?

10. Adakah anda merasakan bahawa anda akan berjaya mengharungi Ramadhan ini dan meraikan kemenangan di 1 Syawal nanti?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan