"Aduh! Lama Betul La Masjid tu Ada Tazkirah Lagi "Pernahkah kita cakap macam kat atas tu, kita sudah pasti akan ke masjid yang paling singkat terawihnya, yang bacaan imam sedap dan pendek serta cepat dan yang penting moreh.
Biasanya kita dah tahu mana masjid yang paling singkat , disitulah kita akan solat, tak apalah janji solat. Apa yang timbul isu mutakhir ini, soal tazkirah ditengah-tengah terawih atau sebelum solat Isyak atau selepas solat terawih.
Aku sangat-sangat menghormati pendapat,kenyataan mahupun arahan supaya tazkirah diadakan selepas solat Maghrib atau selepas terawih .Namun realitinya selepas solat Maghrib siapa yang tinggal? Begitu juga selepas solat terawih?
Pemilihan waktu tazkirah antara terawih selepas 4 rakaat atau ada yang membuatnya selepas solat Isyak sebelum terawih adalah bertujuan mengambil kesempatan jamaah yang ramai. Bagi mereka yang sudah biasa mendengar kuliah pastinya tiada masalah namun bagi mereka yang jarang-jarang ke masjid dan tidak suka mendengar ceramah atau tazkirah sekurang-kurangnya terpaksa juga mendengarnya.
Bukanlah tujuan untuk menganggu mereka tapi untuk menjelaskan kepada mereka tentang Islam dalam bentuk pemahaman yang betul. Bukankah jamaah yang hadir begitu ramai terdiri dari pelbagai latar belakang yang kemungkinan ada di kalangan mereka yang tidak memahami Islam secara syumul.
Kesempatan solat terawih adalah saat terbaik bagi tujuan dakwah. Janganlah membuat pelbagai andaian yang dicipta sendiri hingga merugikan peluang keemasan untuk berdakwah!
Walau apa-apa pun pihak yang bertanggujawab tidak wajar menghalang tazkirah di buat dalam bulan Ramadhan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan