widget

Makluman Semasa

16 Mei 2013 - En. Kamarudin bin Ibrahim melapor diri sebagai GB di SK Bekoh, Ledang.
.......................................................................
10 Jun 2013 - Pertemuan pertama Guru Besar dengan semua guru SK Bekoh di bilik mesyuarat jam: 1.30ptg.
.......................................................................
11 Jun 2013 - Audit 1 Malaysia di Dewan SMKA Maahad, Muar - Jam 5.30 petang.
.......................................................................
12 Jun 2013 - Postmoterm Ujian 1&2 Tahun 6 - Jam 1.00 petang.
.......................................................................
13 Jun 2013 - Sarana Ibubapa di Dewan Perdana PPDMUAR jam 2.00 petang.
.......................................................................
15 Jun 2013 - Gotong royong membina sangkar burung jam 9.00 pagi . terima kasih kepada GPK dan guru yang hadir.
.......................................................................
22 Jun 2013 - Program Gotong Royong Ibu bapa bersama warga sekolah menceriakan sekolah jam: 8.00 pagi.
........................................................................
05 Julai 2013 - Sarana Ibu Bapa dan Majlis Diskusi Prestasi Murid - jam: 09.00 pagi. Semua ibu bapa dijemput hadir.
........................................................................
07 Julai 2013 - Pelancaran Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah pada jam: 10.00 pagi di kantin SKB. Semua guru dan murid hadir.
........................................................................
12 Julai 2013 - Pembentangan prestasi program intensif 5A UPSR oleh guru tahun 6 pada jam: 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat SKB. Semua ibu bapa murid berkenaan dijemput hadir.
........................................................................
22 Julai 2013 - Mesyuarat Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Kali Ke2 di Bilik Mesyuarat SKB, jam: 1.10 - 3.00 ptg.
........................................................................
23 - 25 Julai 2013 - Peperiksaan Pertengahan Tahun UPSR.
........................................................................
24 Julai 2013 - Mesyuarat Program Bulan Kecergasan, Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya 2013. Bilik Mesyuarat SK Bekoh jam: 01.30 petang. Semua Penyelaras dan AJK program dijemput hadir.
........................................................................
23 Julai 2013 - Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah Kebangsaan Bekoh, Ledang jam 9.00 pagi di Dewan SK Bekoh.
........................................................................
23 Ogos 2013 - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Padang SK Bekoh jam:08.00 pagi. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga sekolah dan masyarakat setempat jam:08.00 malam.
........................................................................
30 Ogos 2013 Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 56 di padang SK Bekoh jam:08.00 pagi. Semua warga sekolah, PiBG dan masyarakat setempat terlibat.
........................................................................
21 Julai 2011 - Taklimat Penyelarasan Kem Kemanisan Iman SM di Perpustakaan SMK Seri Kenangan, Jam 2.30 ptg. Semua Penyelaras dan AJK Pelaksana(PEKDIS Zon Utara) dijemput hadir.
........................................................................
22-24 Julai 2011 - Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Zon Segamat-Muar di SMK Agama Segamat. 168 peserta terlibat.
........................................................................
27 - 29 Julai - Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi.
........................................................................
29 - 30 Julai 2011 - Kem Kemanisan Iman Sekolah Menengah di Pusat Pertanian Jementah. 100 peserta terlibat. Anjuran Pekdis Zon Utara.
........................................................................
01 Ogos 2011 - Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah-sekolah daerah Segamat
........................................................................
07 - 09 Ogos 2011 - Mesyuarat Hala tuju Dakwah bersama Penyelaras dan AJK Pekdis Daerah Segamat di Permaisuri MITC Hotel, Melaka.
........................................................................

Selasa, 10 September 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke 56



Pada tanggal 30 Ogos 2013, semua warga Sekolah Kebangsaan Bekoh telah turun beramai-ramai menyambut sambutan hari kemerdekaan kali 56 dengan penuh semangat patriotik kecintaan kepada Malaysia Tanah Tumpah Darahku.Sambutan kali ini dibuat secara meriah dan besar-besaran melibatkan banyak pihak termasuk sekolah, murid-murid, guru-guru, ibubapa, Komuniti Masyarakat, Polis, JPAM, KKM yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Acara dimulakan dengan perarakan mengibar jalur gemilang diketuai oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bekoh, En. Kamarudin bin Ibrahim, Guru-guru Penolong Kanan, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bekoh, Mejar (B) Ibrahim bin Mohammed, diikuti oleh sepanduk gergasi,kumpulan basikal berhias, perbarisan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bekoh sambil mengibar jalur gemilang. Perarakan ini sejauh 2km.

Khamis, 25 Julai 2013

10 Soalan Untuk Muhasabah Ramadhan Dedikasi Untuk Sahabat

1. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari kerana dosa yang anda lakukan setiap hari?

2. Adakah anda pernah merasa kesal di atas kehidupan anda sehari-hari yang tidak pernah menjamah Al-Quran?

3. Adakah anda sudah berpuas hati dengan puasa anda setakat hari ini dengan hanya pergi teraweh dan moreh yang disediakan di masjid?

Rabu, 24 Julai 2013

Tazkirah Ramadhan Antara Terawih adakah Wajar atau Tidak

"Aduh! Lama Betul La Masjid tu Ada Tazkirah Lagi "Pernahkah kita cakap macam kat atas tu, kita sudah pasti akan ke masjid yang paling singkat terawihnya, yang bacaan imam sedap dan pendek serta cepat dan yang penting moreh.


Biasanya kita dah tahu mana masjid yang paling singkat , disitulah kita akan solat, tak apalah janji solat. Apa yang timbul isu mutakhir ini, soal tazkirah ditengah-tengah terawih atau sebelum solat Isyak atau selepas solat terawih.

Selasa, 23 Julai 2013

Ramadhan Pemula Langkah Untuk Berubah

TAZKIRAH RAMADHAN | | Setiap kali tibanya Ramadhan, kita akan melihat senario yang biasa di masjid-masjid, surau-surau dan madrasah-madrasah akan penuh dikunjungi, suatu rutin yang jarang kita temui di lain-lain bulan.


Semuanya akan berpusu-pusu mengejar jaminan Allah yang akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda dalam bulan yang mulia ini.

Ahad, 21 Julai 2013

Amalan Nabi Muhammad S.A.W ketika bulan Ramadhan

Amalan Nabi Muhammad SAW Ketika Bulan Ramadhan | [TAZKIRAH RAMADHAN 1434H] | Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati hal-hal sbb:

Imej Ramadhan

Jumaat, 19 Julai 2013

kesilapan di bulan Ramadhan


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
 

Khamis, 18 Julai 2013

Tahap Kesakitan




Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan Almubarak

Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian,  ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga akan memfardhukan  ibadat puasa meskipun keyakinan jiwanya berlainan.

Hikmat puasa dari sudut rohani boleh juga menguatkan keperibadian,meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohani yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum,nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela , caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu.

Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang bangsa Jerman bernama James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa. 
Katanya untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah dijadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Justeru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan. Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kebersihan bertepatan dengan kata-kata seorang hukamak yang bemaksud:

“Maiddah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok daripada segala ubat”  

Imam Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: Manakala maiddah atau perut  besar seseorang ini biasa penuh, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan solat.

Isnin, 15 Julai 2013

Red Books : 50 Hari Menuju Kecemerlangan UPSR 2013

Panitia Matematik dengan kerjasama AJK Program Kecemerlangan UPSR 2013 telah melancarkan sebuah modul kendiri khusus meningkatkan prestasi cemerlang dalam matapelajaran Matematik dalam peperiksaan UPSR tahun 2013. Modul kendiri ini telah diilhamkan dan dihasilkan oleh guru matematik tahun 6, En. Mohd Faiz bin M.Noor menggunakan bahan-bahan set soalan yang diperolehi dari Program Peningkatan UPSR peringkat daerah Muar, set soalan klon UPSR, set soalan percubaan negeri dan set soalan sebenar UPSR.


Mekanisma modul ini adalah : ( 1) Murid jawab dan dipantau oleh ibu bapa /penjaga ( 2) Murid menyemak dan beri markah mengikut skema pemarkahan yang disediakan (3) Murid membuat pembetulan dan merekod markah pencapaian pada borang markah modul kendiri (4) soalan yang telah dijawab dan disemak disimpan dalam fail modul. Modul ini akan dijalankan dari 15 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013.




Jumaat, 12 Julai 2013

Diskusi Ibu bapa Murid Target 5A UPSR

Diskusi ini telah dilaksanakan bagi tujuan memberi maklumat dan postmoterm prestasi murid target 5A UPSR 2013 kepada ibu bapa terlibat. Dalam pertemuan ini Guru Besar telah menerangkan halatuju sekolah yang cuba difokuskan kepada kecemerlangan menjelang 2015, khasnya dalam mempertingkatkan bilangan murid cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang akan menjelang tidak berapa lama lagi.

Murid-murid target 5A ini telah dikumpulkan ditempat yang selesa di mana makan dan minum disediakan secukupnya. Mereka dibekalkan dengan modul-modul intensif yang telah disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing.

Rata-rata murid menunjukkan peningkatan selepas dua minggu mereka dibimbing secara intensif oleh guru dan mereka juga telah dihantar menghadiri bengkel menjawab soalan anjuran Zon Tangkak baru-baru ini. Manakala ibu bapa pula melahirkan rasa terharu dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh guru dan anak-anak mereka demi merealisasikan hasrat sekolah dalam melahirkan murid cemerlang 5A dalam UPSR 2013 yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Ibu bapa yang hadir berjanji untuk bersama-sama membantu anak-anak mereka dan sekolah demi masa depan anak-anak mereka khasnya.

Khamis, 11 Julai 2013

Tadarrus Al-Quran

Program Tadarrus Al-Quran sempena Ramadhan bermula. Semua murid muslim berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing masing-masing. Setiap kumpulan akan bertadarrus mengikut bilangan juzuk yang telah ditentukan.

Selasa, 9 Julai 2013

Prestasi Puasa Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa lama lagi , Panitia Pendidikan Islan Dan Bahasa Arab SK Bekoh telah melancarkan Kad Prestasi Ramadhan sebagai satu motivasi kendiri dalam kalangan murid memantapkan puasa mereka.

Isnin, 8 Julai 2013

Fire Dril Kali Ke 2

Pada 8 hb Julai 2013, Unit HEM SK Bekoh telah mengadakan satu latihan kebakaran siri ke 2 bagi tahun 2013. Dalam latihan kebakaran ini, satu set kebakaran menghasilkan asap telah dibuat bagi mewujudkan situasi sebenar. Latihan ini telah dijalankan tepat jam 9.30 Pagi.

Jumaat, 5 Julai 2013

Sarana Ibu bapa Dan Interaksi Prestasi Murid 2013

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama SK Bekoh dengan dihadiri oleh para ibu bapa. 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya taklimat sarana oleh Guru Besar yang turut dihadiri oleh YDP PiBG SK Bekoh. Sejurus selepas tamat sesi taklimat tersebut para ibu bapa dijemput ke bilik kelas dimana anak-anak mereka menanti untuk berinteraksi dengan guru kelas masing-masing. 

Majlis berakhir kira-kira pukul 12.00 tengahari.

Sabtu, 22 Jun 2013

Program Gotong Royong Perdana 2013

Pada 22 hb Jun telah diadakan satu program kerjasama pihak Sekolah dan PIBG SK Bekoh dalam usahaWalaupun Negara dilanda dengan fenomena jerebu, tetapi sambutan dan komitmen dari guru-guru dan ibu bapa adalah menggalakkan. Hasil dari kerjasama ini, telah berjaya menyiapkan beberapa tugas keceriaan.

Ahad, 19 Mei 2013

Perkhemahan Unit Beruniform SK Bekoh 2013

Pada 18 Mei 2013, Unit Ko kurikulum SK Bekoh telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform. Aktiviti ini telah disertai oleh 50 orang murid dari tahun 3 hingga tahun 6. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Semua Guru terlibat dalam menjayakan aktiviti yang bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari ahad. Antara aktiviti yang dijalankan antaranya ialah memasang khemah, aktiviti burung hantu, jalan lasak dan aktiviti memasak. Pada malam terakhir diadakan pula persembahan malam kebudayaaan. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini.





Khamis, 16 Mei 2013

Isnin, 25 Mac 2013

Majlis Persaraan Guru Besar : En. Kamarudin Mohd Affendi

Tanggal 24 Mac 2013 merupakan hari yang bersejarah untuk En. Kamarudin bin Mohd Affendi yang telah bersara Wajib daripada perkhidmatan. Sempena dengan itu, sebuah majlis telah diadakan pada 23 Mac 2013 untuk meraikan persaraan beliau. Tuan Haji Akabal telah mewakili Tuan PPD Muar untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada tuan guru besar. Semoga En. Kamarudin bin Mohd Affendi sihat sejahtera dan masih aktif dalam bidang pendidikan selepas persaraan beliau ini. Majlis ini turut dihadiri oleh rakan-rakan guru-guru besar di daerah Ledang dan Muar.










Sabtu, 2 Februari 2013

Program Motivasi Keilmuan dan Keibubapaan 2013

Pada 2 Februari 2013, bertempat di Dewan Bestari SK Bekoh telah diadakan  Program Motivasi Keilmuan dan Keibubapaan. Program ini dianjurkan oleh unit Hel Ehwal Murid SK Bekoh. Majlis telah menjemput En. Hamran bin Dollah, Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral Kolej Matrikulasi Johor untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.



















Selasa, 22 Januari 2013

Bantuan Awal Persekolahan 2013

Majlis penyampaian wang bantuan awal persekolahan 2013 telah disempurnakan oleh Y.B Goh Tee Tee, Adun Kawasan Tangkak pada 22 Januari 2013.






Selasa, 1 Januari 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Salam Tahun 2013 buat Warga SK Bekoh. Moga Tahun 2013 menjadi titik tolak kepada kejayaan dan kecemerlangan SK Bekoh. InsyaAllah.