Ibadat puasa mempunyai hikmah
dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyarakatan.
Dari segi kerohanian, ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau
perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat
di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga akan
memfardhukan ibadat puasa meskipun keyakinan jiwanya berlainan.
Hikmat puasa dari sudut rohani
boleh juga menguatkan keperibadian,meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa
insan. Puasa juga sebagai latihan rohani yang mana setiap yang berpuasa wajib
menahan diri daripada nafsu makan minum,nafsu kejantinaan dan mengawal moral
yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela , caci maki, mengumpat,
bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu.
Untuk membentuk keperibadian
yang mulia seorang pengarang bangsa Jerman bernama James Brooke menulis sebuah
buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa.
Katanya untuk menguatkan
perasaan dan jiwa hendaklah dijadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup,
kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah.
Justeru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba
kepada naluri kebendaan. Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit.
Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan
menjaga kebersihan bertepatan dengan kata-kata seorang hukamak yang bemaksud:
“Maiddah” atau perut besar
merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok daripada segala
ubat”
Imam Ghazali juga
memberi penjelasan iaitu: Manakala maiddah atau perut besar seseorang ini
biasa penuh, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan
kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada
menunaikan solat.